dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebauh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Strategi Media Sosial & Imej Diri

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 November 2025 , kelas ini memberi penekanan kepada kepentingan mengurus media sosial secara bijak serta membina imej diri yang positif di platform digital. Peserta diterangkan bagaimana setiap perkongsian, gambar, dan interaksi dalam talian boleh memberi kesan langsung terhadap reputasi, kerjaya, serta hubungan sosial.

Antara perkara utama yang disentuh termasuklah strategi dalam merancang kandungan, memahami audiens sasaran, menggunakan media sosial secara berhemah, serta membezakan antara penggunaan peribadi dan profesional. Kelas turut menekankan etika digital, keselamatan privasi, serta kepentingan mengenal pasti maklumat palsu (fake news).

Dari aspek imej diri, peserta didedahkan kepada kepentingan komunikasi positif, penampilan yang sesuai, bahasa yang sopan, serta cara membawa diri secara yakin dalam dunia fizikal dan maya. Kelas ini memberi kesedaran bahawa imej diri yang baik membantu membina kepercayaan dan kredibiliti, sama ada sebagai individu, pelajar atau profesional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..